Dunia Trekkers

Sokongan..

Hidup ini perlukan sokongan tidak kira semasa sakit, semasa sihat, masa tua, masa muda, semasa senang.. semasa susah..
Ada banyak perkara yang memberi sokongan pada aku untuk berjuang dengan penyakit ini.. Aku amat bersyukur pada Allah SWT kerana punya keluarga yang betul2 support aku masa nih.. Suami yang sanggup berkorban masa dan tenaga demi menjaga aku.. dia juga yang menjadi pakar rujuk peribadi pabila aku  berdepan dengan masalah kekeliruan minda dan keresahan hati. Sentiasa ada disisi setiap kali temujanji hospital. Terpaksa ambil cuti demi menjaga aku sepanjang aku belom recover dari chemoteraphy. Sanggup menurut segala kehendak seleraku yang kdg2 agak mengada2.. (Merata dia cari Air Jus Durian Belanda.. hikhik). Dia juga yang menguruskan anak2 sepanjang aku terlantar di katil... Ya Allah.. terlalu banyak dosaku pada –Mu jika aku tidak tahu bersyukur mempunyai suami seperti nya..
Bekenalan dengan rakan2 seperjuangan yang menerima dugaan Allah SWT ini pada usia yang muda, ada diantaranya tidak mempunyai perkerjaan tetap, ada yang masih belum berumahtangga dan mengharapkan ibu bapa yang berumur untuk menjaga mereka, ada yang terpaksa berhenti kerja (kebanyakkannya kerja swasta) kerana terpaksa bercuti dalam tempoh masa yang lama.. mereka ini telah memberikan aku lebih semangat untuk terus berjuang dan membuatkan aku bersyukur atas pemberian Allah SWT dalam keadaan aku yang boleh dikatakan ‘lebih bertuah’ berbanding mereka. Aku kongsi pengalaman ini agar para pembaca dapat sentiasa panjatkan kesyukuran pada Ilahi atas rezeki yang Allah kurniakan dan sentiasa memandang dan menyokong kepada yang kurang bernasib baik..
Aku mempunyai ahli2 keluarga yang sangat memahami dikala, aku dah macam jadi ‘peserta’ pertama dikalangan ahli keluarga yang kena penyakit ini. Sedikit sebanyak keadaan aku dapat menimbulkan kesedaran pada mereka untuk menjalani pemeriksaan awal..
Terharunya aku bila ada rakan2 yang dah lama tak jumpa datang menziarah.. ada juga yang mengirimkan doa mll WA, FB, Telegram, ada gak yang antar kad ucapan dan bunga .. Betullah ke kata pepatah.. kawan masa senang ramai.. masa susah .. mmg susah nak cari... hmmm kdg2 betul.. kdg2 tak betul... kdg2 bila kawan yang kita anggap kurang rapat.. bila kita sakit, ada yang tak putus2 tanya khabar sentiasa amek tahu tak kira dr apa cara sekalipun... namun ada juga kawan yang kita anggap kawan rapat.. bila kita sakit.. Tanya khabar pun tidak.. pandang sebelah mata pun ada... Wallahu alam....
“Sekarang ni brp ramai kawan2 u yang tak amek tahu pasal u?” – tanya incik hubby
“adalah 2 – 3 % kot.. hikhik”
“dah.. leave it kwn2 tu.. cer fikir yang balance lgk 97% tu.. tak yah nak pikir lebih2.. buat bikin stress jer” – tambah incik hubby
“baikkkk”... :-)




Berkenalan juga dengan seorang survivor di hospital.. menyarankan agar aku menulis blog... untuk apa?

"awak tulislah blog... bukan utk org lain.. tp utk diri kita sendiri.. itu yang paling penting"- katanya
"awak tulis blog bila masa awak sihat dan mampu.. kita tak tahu berapa lama kita akan survive.. kita tak boleh yakin yang kita akan cancer free selama2lamanya.. sekurang-kurangnya.. jika sakit kita berulang, kita boleh baca balik dan rasai pengalaman kita sendiri.. rasai bagaimana kita berjaya menempuhnya dulu, dan kita kena yakin kita boleh menempuhnya dimasa akan datang.. jadi start lah sekarang untuk menulis pengalaman kita sendiri"... tambah nya lagi.. Dan aku percaya, menulis blog juga sebagai salah satu bentuk sokongan.. InsyaAllah..




No comments:

Post a Comment