Dunia Trekkers

Bone Scan dan MRI

Pada 16 Jun 2014 (Isnin) yang lepas, aku menjalani Bone Scan di Jabatan Perubatan Nuklear, IKN dengan tujuan adalah untuk metastasis pada tulang. Bahasa senang nak faham adalah, nak tgk sama ada sel kanser dah merebak ke tulang atau tidak. Aku disuntik dengan sejenis bahan radioaktif dan kena kuarantin dalam bilik khas selama 3 jam.. nak kuar makan pun tak boleh.. hubby kena hantar makanan kat aku masa tu.. aku tak boleh jumpa orang lain.. hanya boleh berada dalam kawasan sesama dgn orang kena suntik gak jer.. huhuhuhu.. selepas 3 jam, baru lah di scan selama lebih kurang 45 minit.. tak boleh gerak2..
2 minggu kemudian, aku datang follow up dan result bone scan mendapati ada cyctic lesion kat proximal third of the left tibia.. (kedudukan seperti di bawah lutut, di tulang tibia). Allah hu akbar.. jika betul lesion itu adalah malignan, adakah stage aku akan berubah dari stage 2 ke stage 4?
Aku di refer ke Jabatan Orthopedik, Hospital Putrajaya, namun disebabkan HPJ tidak mempunyai pakar tulang, aku diberi pilihan samada nak refer ke HUKM, PPUM, HKL or HUSM. Aku dan hubby main pilih jer dgn HUKM pilihan kami dengan alasan, tak jauh sangat dan parking senang... hehh!
Pakar Ortopedik HUKM sarankan aku menjalani MRI terlebih dahulu... Sepanjang bulan puasa, kafe dibawah opis aku tutup utk renovation.. dorang drill abih tiles lantai tp yg gerammya, bunyi bising drill tu seolah2 berada atas kepala aku.. bingitnya Ya Allah.. mcm gego otak..Setiap hari plak tu dorang buat keje tu.. Apa kene mengene tah aku crita pasal mende nih... Ade.. ade kene mengene dgn MRI... ini adalah pengalaman pertama aku menjalani MRI.. lebih kurang macam CT Scan.. kena baring dalam bilik sejuk dalam tempoh masa hampir 2 jam.. dan yang paling tak tahan.. bunyi bising keletang keletong mcm drill tiles tepi telinga.. itu lah yang aku rasa.. hehh!

"Puan, ada sakit2 tak kat bwh lutut tu?" -tanya Pakar Tulang, HUKM

"Tak de plak.. Prof nak saya lompat bintang ke kat sini?" -aku bergurau..

"Hehe..Puan jgn risau.. i'm really sure it is not a cancer.. tak pernah lagi ada kes.. sel kanser tu merebak dr breast ke tibia tanpa menyinggah kat lymph nodes, kat back bone, kat servick... InsyaAllah.. nothing to worried about. Kalau betul ianya cancer.. puan mungkin akan jd kes pertama dlm malaysia.. "-tambah Prof itu lgk.. 

Alhamdulillah, setelah 2 kali ujian MRI dilakukan (satu di IKN, dan satu lagi di HUKM) they found no cancer as they suspicious.. tetapi ianya adalah haemagioma (selaput darah).
Syukur pada Allah...






No comments:

Post a Comment