Dunia Trekkers

Pengalaman Radioterapi

Rawatan Radioterapi adalah satu kaedah rawatan kanser yang penting. Rawatan ini menggunakan sinaran-X yang berkuasa tinggi atau bahan radioaktif untuk membunuh sel-sel kanser.
Minggu terakhir chemoteraphy ke 5 aku dikehendaki menjalani RT Simulation di Jabatan Radioterapi, IKN. Tujuannya adalah untuk menentukan dan melakar kawasan dibadan pesakit yang akan menerima rawatan RT. Kawasan tersebut akan di mark dgn menggunakan sejenis ink kekal dan memudahkan proses rawatan yang akan dilakukan setiap hari. Erkk Ink kekal? Kira mcm tattoo ker? “Betul Puan, lebih kurang mcm Ink tattoo.. tp puan jgn risau, Ink ni dah diluluskan penggunaan oleh JAKIM utk tujuan perubatan” – kata Pembantu Radiologi ketika aku agak cuak bertanya.. hehehe Tapi mark tu bukannye besar.. mcm tahi lalat jer..
Dose yang digunakan padaku untuk 15 kali yang pertama adalah 40 Gy dan tambahan 8 kali adalah 16 Gy.


2 Disember 2014 (Selasa)
Aku memulakan rawatan RT yang pertama. Hari pertama ni memerlukan aku drive ke IKN selama 40minit, register di kaunter pesakit luar selama 3minit, then ke Kaunter Radioterapi.. tunggu no dipanggil dalam 10 -20 minit.. dan rawatan RT selama 20minit.. (hanya hari pertama saja) rawatan RT pada hari berikutnya adalah selama 3-5 minit (utk 15 kali pertama) dan less than 1 minit (utk tambahan 8 kali) lepas tu settle.. dah boleh balik.... begitu lah setiap hari yang kulalui sepanjang bulan nih (hari bekerja sahaja kecuali public holiday).

1. 10 kali pertama tiada rasa apa2.. boleh dikatakan tiada kesan luaran padaku
2. selepas 10 kali barulah rasa lenguh2.. (mcm lenguh2 tengkuk), kulit kemerah-merahan... “tak de kesan terbakar sgt kat puan nih... merah mcm pipi puan yang natural blushing nih jer” – kata Dr di Jabatan Radioterapi (dimana aku perlu berjumpa dgn Dr pada hari rabu setiap minggu sepanjang rawatan RT).. cehh!
3. untuk tambahan 8 kali (dimana pancaran RT lebih focus kawasan lump yang dikeluarkan) membuatkan kulit aku kehitaman macam sedikit terbakar.. namun kesan terbakar itu cepat ilang. Dah settle rawatan, kena rajin2 cuci pakai baby oil n sapu losyen..
Cuma buat aku rasa tak selesa selama aku menjalani rawatan RT nih adalah.. terlalu ramai staf lelaki.. tipu lah kalau aku tak cakap aku tak malu... segann wehhh.. tp apakan daya.. ku cuba pujuk hati ku dgn alasan.. darurat lah.. nak bagi diaorg belajar lah.. hehh! Tp seriously.. mmg segan yg amat!
Pengalaman aku di sini juga, aku dapat memerhati dan berkenalan dengan pesakit2 yang sekapal dgnku... macam2 dugaan Allah yang boleh ku lihat disini.. keadaan pesakit kanser tekak, kanser paru2, kanser hidung.. dimana keadaan mereka agak menerima rawatan RT ini lebih menduga kecekalan hati dan semangat. Allah hu akbar.. semoga Allah kuatkan semangat mereka berjuang dengan dugaan-Mu..

6 Januari 2015 (Selasa)
Hari terakhir aku menerima rawatan RT... “berseri-seri nampak awak arini” – kata seorg kakak (kenalan pesakit disini).. dah last day kak... maunya tak berseri...
Boleh dikatakan adalah 5-6 org tegur aku nampak lain hr nih.. hakhak.. sampaikan acik cleaner yang tukarkan baju rawatan dlm bilik persalinan pun tegur aku...
“Tahniah puan, hari terakhir puan disini, puan dah complete semua rawatan chemoteraphy n radioteraphy.. syabas” – kata Pegawai Perubatan berbangsa cina..
“see u later in other time yer”-sambung Dr itu lagi...
“Alhamdulilah, Tq Dr.. but i hope i wont see u anymore, at least not here la.. hehehe”
Syukur kpd Allah SWT..




10 comments:

  1. Assalam. Boleh bagi tips untuk rawat kesan terbakar pada kulit slps radioterapi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam sis lala..

      sy tak mengalami kesan terbakar yang teruk... juz minor effect.. sy pakai getah daun alor vera.. tp pakai juga gel alor vera sbb stok daun tak byk kat umah..

      Delete
  2. Assalam. Boleh bagi tips untuk rawat kesan terbakar pada kulit slps radioterapi?

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum, puan sy tau puan mjalani rawatn radioterapi dlm brp hari? Sy tanya ni sbb ayah sy diarahkn oleh Dr utk buat rdiotrapi krn ktumbuhn dekat dubur.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum, puan sy tau puan mjalani rawatn radioterapi dlm brp hari? Sy tanya ni sbb ayah sy diarahkn oleh Dr utk buat rdiotrapi krn ktumbuhn dekat dubur.

    ReplyDelete
  5. Slam…sy ada menjual herba warisan yg mampu menyembuhkan kanser dan pelbagai jenis kanser..tahap 1 tahap 2 tahap 3 tahap 4.memusnahkan dan mematikan sel sel kanser..herba warisan ini terlalu berkesan…daun herba warisan…merawat dan membaik pulih…jangan sehinga terlewat..jangan biarkan hidup derita..selagi boleh rawat lebih baik merawat..hutan belantara kita tersembunyi sejuta 1 rahsia…herba ini amat amat mujarab..jangan biar derita membunuh kehidupan anda.ramai yang dah berjaya sembuh dengan produk sy call saya xpun msg xpun wasap sy 0174687570 mohd zuhairi…
    sy cma bntu membantu…sy tidak sangup tngok org dpn mata sy sengsara xpun di ragut nyawa…penawar nya telah ada…hubungi sy secepat munkin
    Orang yang tiada penyakit kanser andai nak amal kan herba saya ini pun boleh…jadikan amalan harian untuk menjaga badan dan membuang toksid…orang ada kanser…saya akan membantu merawat hingga sembuh
    NAMA SYARIKAT SAYA…..JUTAWAN HERBS NO PENDAfTARAN SYARIKAT SAYA PG 0346818-W NAMA PEMILIK MOHD ZUHAIRI BIN NOORDIN

    ReplyDelete
  6. Slam…sy ada menjual herba warisan yg mampu menyembuhkan kanser dan pelbagai jenis kanser..tahap 1 tahap 2 tahap 3 tahap 4.memusnahkan dan mematikan sel sel kanser..herba warisan ini terlalu berkesan…daun herba warisan…merawat dan membaik pulih…jangan sehinga terlewat..jangan biarkan hidup derita..selagi boleh rawat lebih baik merawat..hutan belantara kita tersembunyi sejuta 1 rahsia…herba ini amat amat mujarab..jangan biar derita membunuh kehidupan anda.ramai yang dah berjaya sembuh dengan produk sy call saya xpun msg xpun wasap sy 0174687570 mohd zuhairi…
    sy cma bntu membantu…sy tidak sangup tngok org dpn mata sy sengsara xpun di ragut nyawa…penawar nya telah ada…hubungi sy secepat munkin
    Orang yang tiada penyakit kanser andai nak amal kan herba saya ini pun boleh…jadikan amalan harian untuk menjaga badan dan membuang toksid…orang ada kanser…saya akan membantu merawat hingga sembuh
    NAMA SYARIKAT SAYA…..JUTAWAN HERBS NO PENDAfTARAN SYARIKAT SAYA PG 0346818-W NAMA PEMILIK MOHD ZUHAIRI BIN NOORDIN

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah..semoga kesihatan cik semakin pulih :)

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah rawatan radioterapi lancar :)

    ReplyDelete
  9. Brapa caj dikenankan untuk skli radioterapi ye..

    ReplyDelete