Dunia Trekkers

Rawatan susulan.. berita kurang baik...

Sebulan selepas operation, aku datang hospital utk follow up dan berbincang dgn Dr mengenai rawatan susulan... “hasil ujian lab shows sel kanser awak bigger than ultrasound result..nearly 4cmX4cm...so awak skrg stage 2”- and.. disebabkan awak masih muda... so kena Chemoteraphy n Radioteraphy..” –kata Ms.Mayah
Allah hu Akhbar...
Ok.. kat situ juga aku dah rasa nak nangis...
Aku bakal menghadapi perkara yang paling ditakuti oleh seseorg pesakit kanser.. Dah beberapa lama aku cuba meyakinkan diri yang aku tak perlu chemo... malangnya.. Dr mengsyorkan aku menjalani rawatan 6 cycle Chemoteraphy dan 23 kali Radioteraphy (RT) di Institut Kanser Negara..
T2N0MO iaitu peringkat kanser aku.. T2 bermaksud saiz lump diperingkat 2 iaitu 2cm-5cm , N0 bermaksud tiada lymph nodes yang dijangkiti kanser dan M0 tiada metastasis iaitu kanser merebak ke organ badan yang lain.


4 Julai 2014
1st Appoinment berkenalan dengan Klinik Onkologi di IKN, dimana tpt aku bakal habiskan masaku disini menjalani rawatan Chemoteraphy.. Sepatutnya aku perlu menjalani 1st Cycle Chemoteraphy pada 7 Julai 2014... wah! aku mintak ‘diskaun’ dgn pakar onkologi agar jadual ku di tangguhkan selama seminggu... sebabnya.. kalau ikut pengalaman pesakit sebelum ini, kesan chemo yang dialami adalah selama 1-2 minggu dari 3 minggu sebelum cycle seterusnya....(cycle bermaksud 1 hari chemo, rehat 3 minggu)  Jika aku menjalani 1st chemo pada 7 julai, ini bermakna 2nd cycle akan jatuh pada hari raya aidilfitri ke 2!!! Whoaaaa...
Alhamdulillah.. Pakar Onkologi yang baik hati lagi budiman itu setuju untuk membenarkan aku memulakan 1st chemo pada 14 Julai... yeayyy kalau sihat boleh balik beraya dikampung! Yeayyy




No comments:

Post a Comment