Dunia Trekkers

Operation Lumpectomy

Lumpectomy adalah prosedur pembedahan membuang tissue yang mempunyai ketulan / lump di payudara.
Mastectomy adalah prosedur pembedahan membuang keseluruhan atau hampir semua bahagian samada kiri atau kanan payudara.
Double Mastectomy adalah prosedur pembedahan membuang keseluruhan kedua dua bahagian payudara.
Ini adalah definasi yang paling senang nak faham mengenai jenis2 pembedahan yang akan dialami oleh sesorang pesakit Kanser Payudara.
Namun bahasa yang paling glamer org sebut.. buang sebelah, buang lump atau buang semua... (ore kelate oyak.. keghak buwe abihh).. huhuhu
Left Breast Invasive Ductal Carsinoma.. adalah diagnosis Dr atas penyakit ku.. Bahasa senang nak faham.. Breast Cancer... Stage? Sebelum operation masih tidak dapat memberi keputusan aku berada di stage brp...Tapi masa nih.. Dr mengatakan may be stage O-1 kerana masih belom merebak ke kelenjar nodes yang dikesan menerusi ujian ultrasound dan mammogram..
7 Mei 2014 (Rabu)
3.00 ptg aku dan hubby ke Hospital Putrajaya untuk menjalani Pembedahan Lumpectomy...aku di tempatkan di Ward 3B, Katil No 1 (bilik berdua).. Masa nih aku dalam keadaan sihat sejahtera, tiada sakit2, cuma rasa sedih tidak dapat bersama anak sulong ku yang tgh dalam minggu peperiksaan pertengahan tahun..
Semasa berbual2 dgn nurse dan patient2 lain di ward.. aku difahamkan Ward 3B full house dengan patient diagnosed cancer dan ramai juga yang sekapal dengan ku... Berkenalan dengan patient sebilik dgnku, berusia 24tahun, masih bujang, namun beliau sudah  diuji Allah menghidap  breast cancer di tahap ke 4... SubhanaAllah.. besar sungguh dugaanmu pada umatmu dalam usia muda sebegini.. Mendengar dia menangis mengerang kesakitan membuatku rasa sebak di dada dan dikebanyakkan masa roommate ku itu memasang bacaan Surah Yassin dapat menemani kami mengurangkan rasa tidak tenang..
Allah hu Akhbar...
8 Mei 2014 (Khamis)
Jam 10.30 pagi aku dibawa ke Institut Kanser Negara (IKN), sebelah je dgn Hosp.Putrajaya.. 1st time merasa naik ambulan .. Lepas register aku dibawa ke Jabatan Perubatan Nuklear. Aku kesini utk prosedur Sentinel Lymph Nodes Mapping, apa kemende tuh? Ia adalah satu ujian untuk mengesan samada sel kanser telah merebak ke lymph ducts or lymph nodes atau tidak, tanpa melibatkan cara biasa dimana keseluruhan kelenjar ketiak di remove (axillary lymph node dissection). Aku di suntik dengan sejenis bahan radiotracer (di kenali sebagai radioactive dye) di bahagian berdekatan dengan areola. Then di massage di kawasan kena suntik tu selama 5 minit barulah di scan selama hampir 2 jam.. mesin scan tu lebih kurang macam mesin CT Scan. Prosedur yang tak berapa selesa sbb aku kena baring tegak tak boleh gerak dalam tempoh masa yang agak lama.. dah la bilik sejuk gilerrr. Dan prosedur ini perlu dibuat dalam masa 24 jam sebelum operation.
Lepas settle dalam lebih kurang 4.30 ptg, aku dibawa pulang ke ward.. naik ambulan lagik.. padahal dekat cett jerr...  giler lapar masa tu...


9 Mei 2014 ( Jumaat )
6.30 pagi .. lepas solat subuh, nurse datang bagi baju utk aku pakai semasa operation. Aku dijadualkan sebagai pesakit pertama utk pembedahan hari ni.. hubby call nak dtg jumpa aku sebelum aku operate..  tp aku tak benarkan dia datang memandangkan dia perlu menguruskan anak2 ke sekolah pagi nih... “insyaAllah u.. kite jumpe lepas i settle operation ek”..
8.00 pagi aku dibawa ke Operation Room.. masa nih baru aku rasa mcm dalam cite Grey’s Anatomy.. hikhik.. dgn keadaan nurse yang ramai di situ, aku patient pertama yang dibawa masuk ke ruang menunggu.. masa tu aku tak de perasaan ape ape.. Cuma mata aku melilau2 tgk keadaan sekeliling.. jakun pun ada, maklumlah tak penah seumor hidup aku ade pengalaman di operation room.. satu2 perkara sekeliling aku digest.. tgk gelagat nurse dan suasana yang rushing di situ...
Sorang demi sorang patient dibawa masuk ke ruang menunggu Operation Room selepas aku.. kebanyakkan mereka berasa sebak dan hiba ketika perlu berpisah dengan ahli keluarga di ruang menunggu.... suasana ketika itu buat aku terpikir..“erkk.. mmg nak kena nangis2 ker?” Aku yang macam tak de perasaan mula rasa neves bila Pakar Bius datang kepadaku dan membacakan bebrp info dan risiko pembedahan yang mungkin akan aku alami... Ade beberapa org nurse dan Pakar Bius bertanyakan pdku soalan yang sama.. “Puan ada pakai gigi palsu? Ada pakai getah ikat rambut?” huhh.. jenuh nak jawap berkali2...
Tidak berapa lama kemudian, aku dibawa masuk ke bilik bedah.. . ok.. masa nih mmg giler neves... aku cuma mampu istifar byk2... seorang Dr lelaki yang aku rasa Dr bius bisikkan padaku.. “Puan, bertenang yer.. km nak masuk ubat bius”... “Puan, mengucap yer...”  Aku pandang mata Dr dan kemudian aku pandang jam ketika itu.. 9.30pagi...

Aku sedar jam 1.30 ptg.. ketika itu aku dah berada dalam lift nak balik ward.. aku tak tahu bila sebenarnya operation settle.. lama juga aku mamai sebelum nak betul2 sedarkan diri selepas operation.. beberapa kali juga aku muntah disebabkan kesan ubat bius... hubby, bonda dan ahli2 keluarga yang lain telahpun menunggu aku di ward .. Alhamdulilah... syukur pada Allah... Terima kasih kepada ahli2 keluarga dan rakan2 yang datang visit ku walaupun ketika itu aku masih dalam keadaan separa sedar...

10 Mei 2014 (Sabtu)
Jam 7.30 pagi Ms Mayah datang ward.... dimaklumkan berita gembira pada ku... hasil pembedahan mendapati sel kanser masih belom merebak ke lymph nodes dan aku bernasib baik penyakitku masih di peringkat awal... Alhamdulilah.. syukur... Aku dibenarkan keluar hospital pd hari ini dan diberi cuti sakit selama 2 minggu..


4 comments:

  1. segan nak selfie dlm spital... so snap no. wad je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Simbolik woo gambaq ward pun.. cer perati betoi2..

      Delete
  2. 💐Assalamualaikum slm sejahtera warga group📢
    💐 Jom viralkan berita baik ni untuk pesakit kanser

    1) Ni tentang hidup pesakit kanser stage 1-stage 4 ambik penawar yang harga berpatutan tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.Sebelum tu nak pesan,jangan abaikan temujanji doktor kalau ada.

    2)Dah ramai yg sembuh dengan asbab penawar ni yg berunsurkan ubatan bahan semulajadi yg selamat diambil. Walaupon bahan semulajadi tapi amat berkesan sambil merawat bukan sekadar melegakan untuk sementara waktu.

    Saya rasa xlengkap kalau saya explain satu persatu setiap jenis ubat ni.Lebih baik tanya sendiri pengasasnya sebab tiap penyakit ade ubt yang khusus. Baik bertanya sendiri pada pengasasnya dan beritahu anda sakit apa.Dia akan explain semuanya.

    3)Pengasas jus ni dh banyak berdepan dengan pesakit2 kanser, ade ramai yg dh sembuh.


    Sy share melalui pengalaman sy sdri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni,sy sdri pon guna produk die dh 3thn.

    Sy nak share ubat ni pd org lain jugak, tiada penyakit yang tiada ubat selain daripada mati, cubalah sebab setiap penyakit ada harapan sembuh.Kelemahan hati + putus asa akan lebih memudarat kan penyakit.TAPI JANGAN ABAIKAN APOINTMENT DOKTOR kalau ada.

    Nanti kalau nak ikhtiar dgn ubatan dia,blh la join group whatsApp pejuang2 kanser,pengasas ada dalam group tu jugak, boleh la kenal2 pesakit die yg dh sembuh mcm yg sy knl,contohnye:
    ~~~~~~~~
    ▪ Pn. Hayati abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
    Skg dia dh sembuh walaupon doktor bgtau dia boleh hidup 1tahun je lagi.
    Dia mengarang sebuah buku berkenaan pengalaman sendiri melawan kanser dengan mengambil penawar jus ini sebagai rawatan alternatif selari dengan rawatan doktor (nk buku nti blh order)
    ~~~~~~~~
    ▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
    Skg dah sembuh dr kanser jus ni diambil selari dgn rawatan hospital.Apoinment x miss
    ~~~~~~~~
    ▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
    Gurunya beritahu dia tak pernah nampak macam pesakit kanser tahap 4, sebab sentiasa nampak cergas.Asbab jus yang memberi tenaga dan merawat.Dia minum jus ni dari kanser tahap 4 sehingga sembuh.
    ~~~~~~~~
    ▪Nani Faiza - kanser Usus Tahap 4 dan ketulan kanser 10cm telah merebak ke hati, bersabar dan setia merawat dengan jus herba ini tanpa mudah putus asa,sekarang sudah sembuh sepenuh nye. sel kanser sudah tiada.
    ~~~~~~~~
    ▪Pn. Rugayah Jilani -
    Pesakit kanser payudara tahap 3B ketulan 10×10cm- sudah sembuh !
    ~~~~~~~~
    ▪Pn. Noridah Md Dom - Pesakit kanser ovari tahap 3 merebak ke tyroid dan lymph- sudah dapat kesan positif ,kesihatan beransur pulih.
    ~~~~~~~~

    ▪Puan Nor Sabariah
    - Ada asthma sejak 11tahun dulu
    -Selalu jatuh sakit sebab sesak nafas dan semput ,adakalanya kalau semput sampai tak mampu berdiri dan kena merangkak untuk bergerak
    -Sering bergantung pada inhaler setiap pagi
    -Setiap kali batuk teruk akan sesak nafas dan akan ke klinik untuk sedut gas
    -Lepas minum jus herba, dia xsemput lagi setiap kali batuk teruk. Dah xpergi klinik lagi sedut gas, setiap waktu pagi xperlu guna inhaler macam dulu.
    ~~~~~~~~
    5) Pesakit yang dah sembuh dari kanser menjalani kimo dan wajib minum jus kalau tak nanti effect dari kimo sangat ketara lemah nya jika tak ambil langsung.

    👍🏻In sya Allah nanti boleh join group wasap dan boleh pinjam semangat pejuang2 yg lain

    NOTE :
    Ia BUKAN HERBA YG MEMANASKAN BADAN macam produk2 lain yang masukkan herba2 biasa. Ia boleh diambil sebagai suplement.

    mohd zuhairi 0174687570
    0174687570

    #sharing is caring

    ReplyDelete