“Eh! Macamana dia boleh kena? Bukan ka dia duk aktif panjat gunung la, main sukan la ? Pun kena gak ka?”
Org yang berfikir macam ni sure dia pun fikir yang seorang Doktor tak kan jatuh sakit, seorang Akauntan tak kan ada masalah kewangan, seorang Veterinary pasti tahu nak operate kucing, seorang tukang kebun pasti pokok2 dirumahnya bebas dari serangan siput babi...anak seorang Guru pasti semua masuk Universiti dan anak seorang Penagih dadah pasti hidup porak peranda...
Kalau org tanya, aku akan share, tapi kalau org tak tanya aku tak reti nak mulakan cerita.. so jadilah macam aku tak share... Ada yang tahu pasal aku then terus tanya aku sendiri.. Terima kasih sebab amek berat... ada juga yang tahu, tp buat2 tak tahu dengan alasan mende sensitive.. so tunggu tuan badan cerita sendiri... heh! Penah ke korang ada kawan yang alih2 call bgtau “aku sakit Kanser!” .. aku tak penah ada...Tp aku penah ada kawan yang sllu sakit.. then bila aku tanya sakit apa, ada yang bagitau.. ada yang tak nak share.. itu normal. Hak masing2..
Aku berharap, aku tak punya perasaan malu dengan Ujian Allah ini.. seboleh2nya aku nak share dgn sesiapa yang kemungkinan boleh menerima nasib seperti aku.
Ujian Allah itu datang dalam pelbagai bentuk.. yang penting kena redha, kena sentiasa bersedia menerima kenyataan.
No comments:
Post a Comment