Dunia Trekkers

The Result...

"Tidaklah seseorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya" (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Hari yg mendebarkan.. wpun hati aku seolah2 dah redha apa akan terjadi.. rasa debar tu tetap ada.. aku cuba kuatkan semangat.. tipulah kalau aku cakap  x de rasa apa2 arini..

8.00 mlm- appoinment Dr.Husin..
“Puan, seperti yang di jangka... seperti yg puan sendiri jangka... it is a cancer... saya pasti ini bukan satu berita yg menggembirakan.. tp harap puan tahu yg teknologi rawatan sekarang dah makin advance.. puan jgn risau”-Dr.Husin
Ayat Dr yg mengesahkan segala2nya...
Suasana dalam bilik Dr ketika itu diam sejenak... aku dan hubby saling memandang.. tanpa sebarang kata... Masa tu hati aku tenang, aku macam tak de apa2 perasaan.. Allah SWT bagi aku ketenangan, Allah SWT bagi aku kekuatan, Allah SWT bagi aku terima dengan redha, aku tak nangis, aku tak sedih, aku tak lost word.. Aku seolah2 dah ready dengan ketentuan Allah SWT kepada aku.. Seminggu ni aku dah puas nangis malam2 bila tak lena tido, aku dah puas nangis tiba2 masa tgh drive.. dan seminggu ni jugalah dah bagi aku kekuatan untuk aku hadapi hari ini....
Setelah berbincang dengan  Dr mengenai rawatan susulan yang akan aku hadapi selepas nih.. dimana aku membuat keputusan untuk menyambung rawatan di Hospital Putrajaya..
Sejurus selepas keluar dari bilik Dr.. ayat pertama yang keluar dari mulut aku semasa dalam lift... “u.. kita nak gi makan kat mane?”
Moga Allah permudahkan segalanya.....


No comments:

Post a Comment