Dunia Trekkers

Bermulanya rawatan konvensional..


Aku memilih untuk menjalani rawatan konvensional dan bukan rawatan alternatif...kenapa?
1. Kerana aku tak penah dengar/ baca/ ada family member / kenalan mengenai jangka masa survive seorang pesakit kanser yang memilih perubatan alternatif. Cuma aku dengar, info pasal pesakit2 yang memilih perubatan alternatif sihat... cancer free... tp brp tahun? brp bulan? Tak dinyatakan.....
2. Yang aku banyak dengar / baca mengenai pesakit kanser yang menjalani perubatan konvensional boleh survive selama 5, 10 tahun..malah ada pernah mencapai lebih 20 tahun...
3. Aku tak mempunyai pengalaman berdepan dengan pesakit kanser  yang memilih perubatan alternatif. .. Oleh sebab itu, agak sukar untuk aku memilh perubatan ini untuk berjuang mengubati penyakitku ini...
Sesungguhnya, hidup mati, sakit sihat adalah kuasa mutlak Allah SWT... siapalah kita nak menentukan perubatan mana yang lebih survive... aku tak pernah nak mempertikaikan mana2 perubatan yang dipilih oleh pesakit2 kanser seperti aku.. bagi aku setiap pesakit kanser adalah pejuang.. Ada senario seorang pesakit yang memilih rawatan alternatif tidak dapat bertahan selepas setahun di diagnosed.. ada yang mempertikaikan dan menyalahkan nya kerana tidak memilih rawatan konvensional... siapalah kita nak menyangkal ketentuan Allah?
Wallahualam...

Alhamdulilah.. tiga hari selepas aku disahkan menghidap Breast Cancer, aku dapat appointment yang agak cepat di Jabatan Pembedahan Payudara Endokrin dan Pembedahan Am di Hospital Putraraja. 
Kenapa aku memilih Hospital Putajaya?
1. Aku dimaklumkan Hospital Putajaya diantara Hospital Kerajaan yang mempunyai Dr Pakar dan menjadi pusat rujukan Breast Cancer di Malaysia..
2. Dekat dengan umah..
Kenapa Hospital kerajaan?
1.  Bukan sebab aku tak de insuran, Cuma aku tak nak membazir polisi insuran aku sbb aku staf kerajaan, Alhamdulilah.. tak payah citer lah apa benefit treatment kat hosp.kerajaan bagi staf kerajaan macam aku ekk..
2. Terlalu banyak Hospital Swasta yang di cadangkan utk menjalani rawatan.. namun terlalu banyak juga pro n kontra... so aku tak nak pening2 better aku pegi gomen hospital .. InsyaAllah
Dr.Normayah, Ketua Jabatan Pembedahan menjalankan sekali lagi ultrasound pada ku.. dan aku juga dikehendaki menjalankan ujian mammogram di Jabatan Radiologi pada hari yang sama.. Syukur.. Allah permudahkan urusanku disini...
2 hari selepas aku jalani semua ujian di hospital putrajaya, aku berjumpa lagi dengan Dr.Normayah atau aku memanggilnya dgn panggilan  Ms.Mayah (sbb dia surgeon) . Dia mencadangkan aku di bedah pada minggu berikutnya... hah!!! alamak.. cepatnya? (sapa kata hospital kerajaan lambat?) aku plak yg macam tak ready... memikirkan keje opis yang bertimbun... hmmmm.. Ms.Mayah belek buku besar (buku schedule operation) nak cari slot date utk aku...  dan aku dijadualkan akan di bedah pada 9 Mei 2014.
Moga Allah permudahkan urusanku... InsyaAllah...



No comments:

Post a Comment