Dunia Trekkers

Mammogram... sakitkah?

Terus terang aku katakan, ujian yang dikatakan sakit giler lah.. kena penyek lah... tidak sesakit mana.. ni aku cakap betul2 pengalaman aku.. bukan nak eksen ke hape.... huhuhu aku rasa mesin yang besar tu yang buat kita tak selesa.. cuba korang bayangkan korang meniarap tgk tv.. haha macam tu la rasa penyek tu...kena ‘penyek’ tu few second jer... tips nak kasi tak sakit, hold nafas dalam2, rilex kan badan, rilexkan minda, bertenang, jangan keraskan badan atau tangan... dan ingat pada Allah... insyaAllah ok...
Mamogram ni actually lebih precise dan sesuai bagi mereka berumo 40 tahun keatas.. kerana waktu umo itu, dense tissue in breast kurang berbanding umo 40tahun ke bawah.. So, tak semestinya mammogram cara paling sesuai utk detect cancer bagi semua peringkat umo.. Jadi, untuk wanita berumo 40tahun kebawah, dinasihatkan menjalani ultrasound.
p/s: maaf sebab guna perkataan ‘penyek’.. aku tak tahu nak guna perkataan apa lgi.. kalau korang nak tahu mcm mana yg aku maksudnya tu.. korang google jer mammogram tu hape.. kat youtube pun ade how mammogram works..


Bermulanya rawatan konvensional..


Aku memilih untuk menjalani rawatan konvensional dan bukan rawatan alternatif...kenapa?
1. Kerana aku tak penah dengar/ baca/ ada family member / kenalan mengenai jangka masa survive seorang pesakit kanser yang memilih perubatan alternatif. Cuma aku dengar, info pasal pesakit2 yang memilih perubatan alternatif sihat... cancer free... tp brp tahun? brp bulan? Tak dinyatakan.....
2. Yang aku banyak dengar / baca mengenai pesakit kanser yang menjalani perubatan konvensional boleh survive selama 5, 10 tahun..malah ada pernah mencapai lebih 20 tahun...
3. Aku tak mempunyai pengalaman berdepan dengan pesakit kanser  yang memilih perubatan alternatif. .. Oleh sebab itu, agak sukar untuk aku memilh perubatan ini untuk berjuang mengubati penyakitku ini...
Sesungguhnya, hidup mati, sakit sihat adalah kuasa mutlak Allah SWT... siapalah kita nak menentukan perubatan mana yang lebih survive... aku tak pernah nak mempertikaikan mana2 perubatan yang dipilih oleh pesakit2 kanser seperti aku.. bagi aku setiap pesakit kanser adalah pejuang.. Ada senario seorang pesakit yang memilih rawatan alternatif tidak dapat bertahan selepas setahun di diagnosed.. ada yang mempertikaikan dan menyalahkan nya kerana tidak memilih rawatan konvensional... siapalah kita nak menyangkal ketentuan Allah?
Wallahualam...

Alhamdulilah.. tiga hari selepas aku disahkan menghidap Breast Cancer, aku dapat appointment yang agak cepat di Jabatan Pembedahan Payudara Endokrin dan Pembedahan Am di Hospital Putraraja. 
Kenapa aku memilih Hospital Putajaya?
1. Aku dimaklumkan Hospital Putajaya diantara Hospital Kerajaan yang mempunyai Dr Pakar dan menjadi pusat rujukan Breast Cancer di Malaysia..
2. Dekat dengan umah..
Kenapa Hospital kerajaan?
1.  Bukan sebab aku tak de insuran, Cuma aku tak nak membazir polisi insuran aku sbb aku staf kerajaan, Alhamdulilah.. tak payah citer lah apa benefit treatment kat hosp.kerajaan bagi staf kerajaan macam aku ekk..
2. Terlalu banyak Hospital Swasta yang di cadangkan utk menjalani rawatan.. namun terlalu banyak juga pro n kontra... so aku tak nak pening2 better aku pegi gomen hospital .. InsyaAllah
Dr.Normayah, Ketua Jabatan Pembedahan menjalankan sekali lagi ultrasound pada ku.. dan aku juga dikehendaki menjalankan ujian mammogram di Jabatan Radiologi pada hari yang sama.. Syukur.. Allah permudahkan urusanku disini...
2 hari selepas aku jalani semua ujian di hospital putrajaya, aku berjumpa lagi dengan Dr.Normayah atau aku memanggilnya dgn panggilan  Ms.Mayah (sbb dia surgeon) . Dia mencadangkan aku di bedah pada minggu berikutnya... hah!!! alamak.. cepatnya? (sapa kata hospital kerajaan lambat?) aku plak yg macam tak ready... memikirkan keje opis yang bertimbun... hmmmm.. Ms.Mayah belek buku besar (buku schedule operation) nak cari slot date utk aku...  dan aku dijadualkan akan di bedah pada 9 Mei 2014.
Moga Allah permudahkan urusanku... InsyaAllah...



Outstation dalam kesakitan..


Arini aku kena outstation ke N.Sembilan... mula2 rasa mcm tak nak pegi.. tp aku mcm tak de pilihan.. kesian plak kat kwn sekerja dtg dr Terengganu sbb ikut jadual aku kena partner ngan dia.. tak sampai hati  biarkan dia jer ... bila tak ramai yg tau pasal aku dan ditambah plak aku sllu cuti.. ramai yg tertanya2.. apa jadi pd aku?  ramai gak yang kata aku pregnant... hehh!
Blk dr outstation..aku  rasa sakit sngt... tangan dan leher rasa sengal2.. bahu rs letih.. kepala pening.. lepas isyak aku terus tido.. penat sgt.. baru aku sedar.. aku kena kurangkan keje berat2..  aku kena kurangkan berpanas lama2.. bdn jd cepat letih..

Minggu ni mmg minggu busy.. ari2 meeting..blk keje aku switch off psl keje.. tp aku tak boleh lari dgn stress.. aku dah rasa perubahan dan  tak boleh nak nafikan yg tiap kali ada menda2 stress terjadi kat aku... then aku akan rasa sakit... aku akan rasa cepat pening akan rasa lemah.. jantung berdegup cepat.. rasa mcm sesak nafas...
Apa yg aku buat .. adalah... aku akan cepat2 kluar dr perkara yg buat  stress... kalau aku stress masa dlm meeting.. aku akan cepat2 kluar dr bilik meeting.. kluar berborak dgn kwn2 kat luar bilik meeting.. borak psl menda2 yang fun...smpai aku rasa calm baru aku masuk bilik meeting balik.. heh!... seboleh2 aku aku cuba hindarkan diri aku dari stress...
Minggu ni juga aku paling byk focus psl keje.. byk keje tertangguh aku cuba settlekan .. seolah2 mcm aku dah tahu akan bercuti lama.. aku tak tahu apa yg akan terjadi pd aku dlm masa beberapa bulan nih.. mungkin dlm masa bbrp tahun nih.. .. tawakal pd Allah..

The Result...

"Tidaklah seseorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya" (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Hari yg mendebarkan.. wpun hati aku seolah2 dah redha apa akan terjadi.. rasa debar tu tetap ada.. aku cuba kuatkan semangat.. tipulah kalau aku cakap  x de rasa apa2 arini..

8.00 mlm- appoinment Dr.Husin..
“Puan, seperti yang di jangka... seperti yg puan sendiri jangka... it is a cancer... saya pasti ini bukan satu berita yg menggembirakan.. tp harap puan tahu yg teknologi rawatan sekarang dah makin advance.. puan jgn risau”-Dr.Husin
Ayat Dr yg mengesahkan segala2nya...
Suasana dalam bilik Dr ketika itu diam sejenak... aku dan hubby saling memandang.. tanpa sebarang kata... Masa tu hati aku tenang, aku macam tak de apa2 perasaan.. Allah SWT bagi aku ketenangan, Allah SWT bagi aku kekuatan, Allah SWT bagi aku terima dengan redha, aku tak nangis, aku tak sedih, aku tak lost word.. Aku seolah2 dah ready dengan ketentuan Allah SWT kepada aku.. Seminggu ni aku dah puas nangis malam2 bila tak lena tido, aku dah puas nangis tiba2 masa tgh drive.. dan seminggu ni jugalah dah bagi aku kekuatan untuk aku hadapi hari ini....
Setelah berbincang dengan  Dr mengenai rawatan susulan yang akan aku hadapi selepas nih.. dimana aku membuat keputusan untuk menyambung rawatan di Hospital Putrajaya..
Sejurus selepas keluar dari bilik Dr.. ayat pertama yang keluar dari mulut aku semasa dalam lift... “u.. kita nak gi makan kat mane?”
Moga Allah permudahkan segalanya.....


Terima Kasih Boss...

Lepas Biopsy Procedure  aku diberi 2 hari Cuti sakit... tp aku gagahkan diri pegi keje sbb terlibat dalam Soft Launch st event yang akan dianjurkan oleh Kementerian... sebenarnya aku boleh excuse untuk tidak hadir dan mohon gantikan dgn pegawai lain.. memandangkan..  aku tak berterus terang dengan Ketua Bahagian ku tentang apa yang sedang aku lalui.. aku juga belom bersedia untuk berkongsi dgn rakan sekerjaku (lelaki) di pejabat.. aku hanya berkongsi dgn beberapa org rakan perempuan yang tertentu shj... ermm.. kes malu ker? Sama sekali tidak.. ini kerana aku nak betul2 confirm ttg penyakit ku barulah aku bersedia untuk berkongsi...
Namun.. tak dapat dielakkan apabila boss aku asyik bertanya kenapa aku slllu half day dan kdg2 cuti sakit... pg tu.. dgn luka biopsy masih belom sembuh.. aku bertentang 4 mata dgn boss menceritakan tentang ujian Allah ini....
Alhamdulilah... boss amat memahami.. dan macam2 advise diberikan kepadaku.. dihadiahkan padaku anak pokok daun belalai gajah dan daun yang sudah dikeringkan untuk salah satu ikhtiar mengubati penyakit ini.. InsyaAllah...
Add caption

Salah faham berkenaan Biopsy

9 April 2014 (Rabu)
Hampir seminggu aku fikir samada nak buat biopsy atau tak.. Ini semua disebabkan kekurangan info berkenaan kenapa perlu menjalani ujian biopsy atas ketumbuhan yang dialami.. aku byk didedahkan dgn risiko yang kurang baik tentang kemungkinan akan berlaku dengan ujian biopsy.. hmmmm aku  blur.. tak tahu nak refer pada siapa yang benar2 boleh meyakinkan aku...
Aku ceritakan serba sedikit.. dengan bahasa yang mudah difahami (pemahaman aku) berkenaan dengan breast biopsy..
Apabila ada ketulan Dr akan cadangkan buat biopsy untuk mengetahui ketulan itu maglinan atau benign. Ujian ini dilakukan dengan mengeluarkan sedikit ketulan melalui minor operation dan tidak memerlukan pelalian penuh. Melalui kaedah ini, Dr akan mengambil sedikit tisu dari ketulan dan tisu itu akan dihantar ke makmal untuk dikaji.
Ada pendapat mengatakan biopsy adalah satu proses yang berisiko jika ketulan yang “diusik” untuk pengambilan sampel tisu adalah jenis malignan akan menyebabkan sel2 kanser akan terbuka dengan lebih cepat untuk berhijrah ke bahagian bdan yang lain. Dan pesakit tersebut perlu di bedah dengan segera bagi mengurangkan risiko merebaknya ke bahagian lain...
Namun ada juga pendapat, jika ujian ultrasound atau mammogram mengesahkan ada ketulan tapi belum pasti samada malignan atau benign.. tak perlu melakukan biopsy.. dan terus melakukan pembedahan.. Sungguhpun begitu, jika ujian makmal ke atas tisu ketulan yang dibedah itu menunjukkan positive cancer, maka pesakit itu, perlu dibedah sekali lagi untuk prosedur pembedahan cancer pula...  so.. nak kena operate sekali atau dua kali?

Maka aku bersetuju untuk menjalani ujian biopsy pada hari ke 9 aku mengesan ketulan dan pada hari ke 6 selepas dicadangkan oleh Dr....
2.30 ptg .. aku dan hubby ke Hospital Pakar An-Nur, then register untuk admit ward.. prosedur kat sini, walaupun ujian biopsy tetap kena admit... then tunggu kat ward, lepas Solat Asar aku dibawa ke Operation Room. Neves... tak penah2 seumo hidup aku buat mende nih.. tawakal pada Allah. Lepas sign surat kebenaran, dan prosedur start jam 5.20ptg. Tak tahu nak cakap macammana sakitnya.. walaupun bius LA (Local Annest), aku still rasa sakit.. jarum sampling besaqqq gilerr.. sepanjang proses tu, aku tak pandang langsung kat Dr n nurse.. kaki dan lutut aku bergerak2 menahan sakit.. aku cuba calmkan diri.. dengan memikirkan menda2 yang indah.. yang perit tapi indah.. apakah itu? Sudah tentunya aku memikirkan kepayahan aku mendaki gunung ganang.. aku memikirkan dan menghayati keindahan alam semasa pendakian dan kepuasan ketika di puncak.... fuh! Baca macam poyo jer... tp itulah hakikatnya apa yang aku fikirkan... and it works!
Hubby sempat lagk record video masa proses biopsy tu.. nasib la hospital swasta.. kalau hospital kerajaan, hp pun x leh on.. silap2 hubby pun kena tunggu luar jer...
5 sample diambil.. bermakna, 5 kali aku dicucuk dan tisu disedut dengan jarum yg besaq tu...  lepas settle, balik ward.. rehat kat ward.. masa maghrib, aku dah start rasa sakit, terus minta pain killer kat nurse..  tangan kiri macam tak boleh angkat... Lepas dinner yang sedap kat ward, kul 9 mlm, aku ajak hubby balik.. dah boleh discaj.. dan aku diberi MC dua hari..

Bil Hospital - RM 1,489.00


Tissue sample yg diambil semasa ujian biopsy

Aku memilih utk pemeriksaan awal ....

31 Mac 2014 (Isnin) ...

Hari ke 3 period.. rasa keras masih tak hilang.. so aku buat keputusan utk ke Klinik.. ambik half-day ..jam 2 ptg aku ke Klinik Pakar Wanita An-Nur, Bandar Baru Bangi.. Jumpa Dr.Khamsiah...Dah lama tak dtg sini.. lepas bersalinkan anak ke dua dgn Dr.Kham disini, then aku dtg pd 2012 utk pap smear then x de dtg2 lgk.. Dr.Kham buat ultrasound kat rahim n ovary since aku dan hubby were trying to conceive our 3rd baby... Then Dr.Kham said everything normal... then aku request utk dia check breast ... she found something.. ketulan kat left breast seperti yg dirasai bbrp hari nih.. Dr Kham terus kasi surat refer utk aku jumpa Pakar Breast di Hospital Pakar An-Nur .... bila Dr.Kham ckp yes.. ada ketulan.. hati aku dah start shaking.. dah rasa ketar jari ngan mulut.. Dr.Kham genggam dua2 belah tangan.. suruh tawakal.. dan berfikir positif..aku terus rasa nak nangis.. tp tahan.. sbb nak positif.. masa Dr.Kham tgh tulis report dlm surat referal tu.. air mata aku dah rasa nak menitis...
"Puan.. kena byk bersabar.. apa2 kemungkinan sy tak boleh nak further.. u must go n see the expert".. sambil dia genggam tgn.. kuar dr bilik Dr.Kham... belom tutup pintu air mata dah jatuh.. ada la 2 3 org pregnant women prasan.. mesti mcm2 diorang fikir bila tgk keadaan aku masa tu.. tp aku cuba kuatkan hati.. cuba utk tahan air mata jgn kasi kuar lgk... sementara tunggu nurse panggil.. aku terus buka hp gugel pasal apa yg akan aku hadapi.. gugel psl ketulan.. pasal lump.. psl nodes.. dan mcm2 lgk... aku WA kat hubby.. juz bgtau few word psl ni.. rasa mcm x de semangat nak crita dlm text.. nurse panggil.. bgtau appointment Dr.Kham dah forward ke pakar.. Dr.Hussin on 2hb April.. Aku terus kuar dr klinik.. tanpa sebarang ubat.. hanya surat Dr...
Terus gi kat kete yg agak jauh aku park.. depan Bangi Kopitiam.. dlm kete .. terus nangis... dah tak boleh tahan... lama gak aku dlm kete.. baru boleh start engine .. odw blk umah.. aku call hubby.. nangis lgk.. hmm kena marah ngan hubby..sbb nangis... hubby tak kasi aku too emotional sbb it will effect .. will become worst.. tp aku tak leh nak tahan..
Diagnosis Dr.Khamsiah
Physical Examination – 4cm  X 3cm lump found at left breast..
Bill -RM70 consultation RM 60 ultrasound

2  April 2014 (Rabu)
Arini dr pg mmg rasa neves.. appoinment dgn Dr. Husin jam 8mlm di Hospital Pakar An-Nur Hasannah.. lepas daftar.. terus nurse bwa jumpa Dr. Husin.. kecik jer orgnya.. sbb dia surgeon tak panggil dia Dr.. panggil dia Mr. Husin.. then dia jlnkan pemerikasaan kat ketulan yg aku rasa tu..
Then.. Dr.Husin suggest buat ultrasound dulu then next morning kat Klinik Radiologi... dia tak nak crita byk wpun soalan2 aku byk kpd result yg x baik...

Diagnosis Dr.Husin
Physical Examination - 4 x 4 cm lump at left breast at 12 o'clock position
Bill Klinik Pakar -RM125.00

 3 April 2014 (Khamis)
4.30pg aku dah bgn... smlm tak lena tido.. pikir psl pg nih... mcm2 aku gugel dlm internet... mcm2 image aku jumpa utk faham jenis2 ketulan.. sedikit sebyk dptlah aku ada knowledge psl image2 yg kemungkinan aku akan tgk esok.. lepas siap2 breakfast.. siapkan bdk2.. kuar rumah kul 7.30.. igt nak smpai awal dkt Klinik Radiologi.. aku pegi naik kete asing2 dgn hubby sbb plan lepas gi klinik nak masuk ofis.. rupanya klinik belom buka.. aku smpai awal sgt..  bila call klinik.. baru tau kul 10 baru buka.. gi breakfast dulu..
Smpai klinik debar2 tgk mesin2 yg besar2 dan pelik2 dlm Klinik Radiologi tu.. nmpak ade mesin CTscan.. MRI.. dan mcm2 lgk.. lepas register terus nama aku  dipanggil.. dan masuk ke bilik Dr.. terus tukar baju.. dan baring atas katil.. rs neves makin kuat... then Dr.Mazlina.. Pakar Radiologi.. dia terus check aku.. ultrasound.. sekali sekala aku jeling kat skrin utrasound tuh.. aku teringat2 image2 ultrasound yg aku gugel semalam...

“Hmm... sy rs image nih not so good... kalau cyst.. image mcm bulat elok.. tak de segi2... tp yg awak nih mcm bersegi2... kalau fibroedenoma pun bulat elok n tak bersegi2 mcm nih... sy takut ini sel malignant... hhmm sy suggest awak buat biopsy...” -kata Dr.Mazlina
aku terdiam...
Terus aku minta Dr tolong panggilkan hubby masuk bilik Dr.. n lepas tu Dr explain kat hubby...
Masa tukar baju.. air mata dah tak boleh nak tahan lgk.. terus nangis masa tukar baju... kluar dr bilik Dr.. hubby perasan aku nangis... n cuba calmkan aku ...
Lepas amek result... masuk kete.. kali ni aku mmg tak boleh tahan.. aku nangis sepuas2 nya.. mcm2 aku n hubby discuss.. lebih sejam jugak aku cuba nak calmkan diri ..tp hati tak boleh nak calm.. air mata tak boleh nak tahan.. tangan shaking.. kepala sakit.. mcm dah nak kena migrane.. lemah luruh jantung pg nih..
Slps hmpir sejam aku n hubby dlm kete.. discuss.. nangis.. discuss.. nangis.. akhirnya dpt jugak aku calmkan diri.. n terus drive ke opis... smpai opis.. cepat2 cuba masuk bilik.. agar kwn2 opis x perasan keadaan aku dgn mata bengkak.. hidong merah.. waktu lunch.. org x ramai kat opis.. Tengahari tu, aku terus gi jumpa seorang kawan aku yang merupakan seorang survivor Breast Cancer. Minta advice dari dia.... marah dia tgk keadaan aku masa tu.. hmmm ... wpun hanya baru ujian ultrasound.. tapi aku dah rasa mcm perkara yg tak baik akan berlaku pd aku...

Bil Klinik Radiologi -RM140.00

result ultrasound..

Macammana boleh detect?

“Macammana boleh detect?"

" Rasa macam mana?"

Ini adalah soalan2 yg confirmed diajukan kat aku bila sapa2 dapat tahu.. baik family.. baik kawan2.. n sapa2 saja confirmed inilah soalan yg awal2 lgk ditanya...

Aku seorang yang suka bersukan... ada kwn2 sekolah tanya.. "dah beranak pinak pun masih aktif dgn sukan?" Kalau Datuk Vida Qu Puteh tu dia oyak dia suka kijo.. kalau x kijo dia boleh demam.. so lebih kurang mcm aku lah.. aku suka bersukan.. kalau x bersukan aku boleh demam...( hmm mcm x sampai jer mesej disitu)

So.. kisahnya aku boleh detect.. lepas aku balik dari satu tournament sukan anjuran Jabatan, 25 Mac 2014... aku dapat rasa mcm ada keras2.. ketul2 kat sebelah atas left breast.. macamana rasa tu.. rasanya macam korang tutup mata, rasa bebola mata diatas kelopak mata menggunakan jari korang.. mcm tulah rasanya ketulan tu...

Itu sahaja simptomnya... tak de rasa sakit, tak de rasa sengal, tak de rasa berdenyut, tak de lendir2 atau bernanah... tak de merah2 kulit, tak de gerak2, tak de byk tpt ketulan........ it just a lump.... one single spot lump.....

Pemeriksaan Sendiri Payudaya (PSP) istilah untuk check sendiri payudara anda yang disarankan dibuat oleh setiap wanita... hmm.. aku kurang pasti sejauh mana kita dapat kesan ada ‘benda asing’ kat breast everytime check... kalau dah less than 1cm.. mcmana nak rasa? bagi aku, everytime mandi aku akan check.. tak kira time nak period or tak.. Cuma kali nih.. rasa lump tu sgt ketara....

Apa yang aku pikir masa tu... seperti kebanyakan perempuan normal yg masih belom menopaus mcm aku akan pikir... hmmm nak period ... sbb selalunya aku period on 29hb.. (ok..pecah rahsia disitu..)

29hb Mac.. aku dtg period... dan ketulan masih rasa dan sgt obvious dan of course hati ada sikit getar....