Dunia Trekkers

Cuti untuk anak-anak..

Aku tanya anak sulongku... “kalau cikgu tanya, atau kena buat karangan, apa aktiviti cuti sekolah, nak jawap apa? Cuti sekolah kita tak gi mana2 nih..”
“ala, cakap jer lah.. kita tak kemana2 sbb mama saya sakit, kena gi hospital hari2, aktiviti kita duduk rumah jer” – jawap anak ku
Ok.. rasa touching sekejap.. Sepanjang cuti sekolah bulan 12, tak de peluang bercuti kemana2.. Dr di Klinik Radioterapi tak benarkan aku skip treatment satu hari pun.. hari2 kena datang.. paling jauh pun aku bawa anak2 gi IOI City Mall yang baru buka tu.. yang 20 minit jer dari rumah.. hakhak.. jauhlah sangat yerr..
Alhamdullilah.. pak menteri yang baik hati.. cuti sekolah ditambah seminggu lagi kerana bagi meringankan beban mangsa banjir di Pantai Timur.. kebetulan minggu tu aku dah tamat rawatan RT.. dan aku juga bertambah sihat dan cepat recover dari rawatan...
Percutian 4H3M di Batu Feringghi, Penang.. aku dan hubby penuhkan masa hanya untuk anak2 dan Bonda.. Bunyi macam biasa jer Penang jer pun... hehehe... selama nih gi penang tak penah naik Penang Hill kat Bukit Bendera, Escape Theme Park kat Teluk Bahang.. Alhamdulilah...



1 comment:

  1. Alhamdulillah dapat anak-anak yang memahami :) Stay healthy dear

    ReplyDelete