Dunia Trekkers

2nd Cycle Chemotherapy

4 Aug 2014 (Isnin) – 8 Syawal 1435
Dah puas beraya selama seminggu... Alhamdulilah... Masa untuk ‘sakit’ balik.. huhuhu... ni sakit sbb bagi sihat.. InsyaAllah..
Rutin sepanjang hari kat hospital utk 2nd Chemo nih, sama mcm 1st Chemo.. regim yang digunakan pun masih sama... kesan kali ni pulak tetap sama iaitu muntah... Cuma kali nih aku recover dari muntah lebih awal... hari ke 3 dah ade selera makan.. tapi tetiba hanya boleh makan speggeti Carbonara (tapau kat Secret Resepi ONLY!) hammbekk kaww.. nafsu makan x hingatt.. nasi mmg aku x de selera.. bubur nasi langsung x boleh telan.. hubby ku sayang turutkan aja kehendakku.. demi memastikan isterinya ada dapat carbo dan nurtrient secukupnya.. hikhikhik...


Spegeti Carbonara... cuma aku kena asingkan slice peperoni tu.. huhuhu.. kek indulgence plak hanya sekadar hiasan gambar... sedeyyy...

Masa 1st cycle dulu aku tak de masalah utk minum air kosong.. tp malangnya utk 2nd cycle aku berperang dgn air kosong... susah betul nak telan.. ulcer lidah dan gusi kerap berdarah.. menu utama aku untuk  kali ini byk minum nestum instant drink...
Alhamdulilah.. hari ke 6 aku dah sihat seperti biasa.. dah boleh jogging.. erkkk... konon la jogging.. tapi sebenarnya jalan2 amek angin pagi2 kat area umah jer... selera makan pun bertambah baik.. disbbkan dah boleh makan.. x boleh la aku nak ngada2 demand itu ini.. hukhukhuk

No comments:

Post a Comment