Dunia Trekkers

2nd Cycle Chemotherapy

4 Aug 2014 (Isnin) – 8 Syawal 1435
Dah puas beraya selama seminggu... Alhamdulilah... Masa untuk ‘sakit’ balik.. huhuhu... ni sakit sbb bagi sihat.. InsyaAllah..
Rutin sepanjang hari kat hospital utk 2nd Chemo nih, sama mcm 1st Chemo.. regim yang digunakan pun masih sama... kesan kali ni pulak tetap sama iaitu muntah... Cuma kali nih aku recover dari muntah lebih awal... hari ke 3 dah ade selera makan.. tapi tetiba hanya boleh makan speggeti Carbonara (tapau kat Secret Resepi ONLY!) hammbekk kaww.. nafsu makan x hingatt.. nasi mmg aku x de selera.. bubur nasi langsung x boleh telan.. hubby ku sayang turutkan aja kehendakku.. demi memastikan isterinya ada dapat carbo dan nurtrient secukupnya.. hikhikhik...


Spegeti Carbonara... cuma aku kena asingkan slice peperoni tu.. huhuhu.. kek indulgence plak hanya sekadar hiasan gambar... sedeyyy...

Masa 1st cycle dulu aku tak de masalah utk minum air kosong.. tp malangnya utk 2nd cycle aku berperang dgn air kosong... susah betul nak telan.. ulcer lidah dan gusi kerap berdarah.. menu utama aku untuk  kali ini byk minum nestum instant drink...
Alhamdulilah.. hari ke 6 aku dah sihat seperti biasa.. dah boleh jogging.. erkkk... konon la jogging.. tapi sebenarnya jalan2 amek angin pagi2 kat area umah jer... selera makan pun bertambah baik.. disbbkan dah boleh makan.. x boleh la aku nak ngada2 demand itu ini.. hukhukhuk

Mudah sensitif? Mudah Sentap??

Ada org kate.. dalam keadaaan ini, seseorang pesakit mudah sensitive... cepat tersentuh.. cepat menangis... nak kate aku tak nangis.. itu tipu.. nak kata aku mudah sensitive.. kdg2 tu ade... contohnya bila peminat pasukan bolasepak Jerman dikatakan sebagai penyokong Hitler... hehh! Kesitu plak... hahaha  tp mmg aku sentap pun bila dorang samakan mcmtu.. agak bangang kot persamaan mcm tu..
Nak kata aku banyak nangis sejak aku diagnosed penyakit ni.. tak jugak.. masa awal2 tu yer.. tp bila dah start treatment tu.. dah makin kuat.. semangat pun makin best.. ok.. itu tak tipu.. Alhamdullilah..
Tp alih2 jer aku sebak tu kdg ade.. masa tgk rancangan reality Guiliana & Bill, scene dimana Ibu Guiliana nangis ms dorang odw ke hospital utk Guiliana nak kena operate Double Mastectomy.. ok part tu aku nangis.. lihat kesedihan seorang ibu bila anaknya berdepan dgn penyakit itu..


Aku jadi sensitive berdepan dgn satu kempen “Oct 13 No Bra Day” dikatakan Kempen yang menggalakkan org tak pakai bra utk hari tu .. sebagai usaha menyokong Breast Cancer... Yang aku faham pasal kempen mengarut nih.. adalah utk menyokong para2 pejuang Breast Cancer dgn tidak memakai Bra pada hari itu! Betulkan aku jika aku salah!.. Seriously tak de sorang wanita pun nak hidup dalam keadaan kekurangan terutamanya bahagian penting pd badan mereka. ermm betulkah apa yang cuba aku sampaikan nih.. harap2 tiada pembaca yang salah faham.. Bila kena buang.. itu adalah ketentuan oleh –Nya.. dan redha adalah jalan terbaik. So.. kempen nih.. nak suruh org tak pakai bra hari tu utk apa? Adakah Pakaian dalam wanita itu dikatakan punca Breast Cancer? Adakah bg menyokong wanita2 yang kena buang abih tu so.. jom sama2 pakat2 tak pakai? They make fun of it.. and its definitely ridiculous!.. Dan apa yang menyedihkan aku.. seorg ‘kenalan rapat’ dan tahu pasal apa yang jadi aku adalah one of yang duk support mende mengarut tu... haishhhh...



Aku tak berminat nak list satu2 mende2 yang byk buat aku sedih@sentap@sensitif.. Prof Muhaya ada berpendapat.. Dalam kehidupan seharian, dalam menangani sesuatu perkara yang memberi kesan samada positif atau negatif, cuba kita senaraikan perkara2 tersebut. Fikirkan perkara yang mana harus diberi keutamaan. Tentu sekali keutamaan harus diberi kepada perkara yang positif. Dan berbaloikah utk kita memikirkan dan membuang masa kepada perkara2 yang memberi efek negative pada kita?.
So.. take it, or leave it..

1st Cycle Chemotherapy

14 Julai 2014(Isnin) - 16 Ramadhan 1435
Hari yang mendebarkan... Hari ni aku mendaftarkan diri sebagai seorang pesakit kanser di Institut Kanser Negara, Putrajaya.. 4.00pg aku bangun untuk siapkan juadah utk sahur.. Lepas anta anak sulungku ke Sek.Agama.. aku dan hubby terus ke IKN yang jarak lebih kurang 30km dari rumahku..
Selepas mendaftar di Kaunter Pesakit Dalam, aku diberi wrist tag kaler pink (mcm admit ward plak) .. dan terus proceed ke Unit Rawatan Harian Onkologi (day-care unit) .. Di situ.. kita di beri pilihan samada nak guna katil atau kerusi empuk... sudah tentu la aku pilih katil... ekoran malam tadi aku berjaga tgk Final World Cup 2014.. dapat katil boleh la aku qada tido.. hehhh Disebabkan patient tak ramai, so aku dapat katil... then nurse tanya aku.. “untuk makan tengahari, puan nak nasi atau bubur?”  eh? Sy tak boleh puasa ke? (buat2 tanya sebenarnya.. hehe) “owh, kita tak galakkan puasa puan, sbb puan kena minum banyak air,” ... sebenarnya aku mmg tahu tak boleh puasa, Cuma saja nak rasa bersalah sbb beriya aku sahur pagi tadi...
Firstly.. nurse akan buat rutin screening.. timbang berat badan, ukur tinggi, check blood pressure, check body temp, dan last skali baru ambil darah.. Lepas tu sesi berkenalan dgn Dr.. Dr terang itu ini.. pasal risk chemo, pasal effect yg kemungkinan aku akan lalui, sign borang itu ini... lebih kurang 10.00pg settle 1st phase... now.. tunggu result darah samada ok atau tak utk buat treatment chemo nih..
Jam 1.30 ptg ... seorg nurse datang bawa branula set n drip utk dicucuk kat aku... “ok puan, kita masuk air dulu yer..” then aku di beri ubat tahan muntah..... Lepas habis sebotol air masuk dlm salur darah aku, datang seorg nurse berpakaian ..(aku x tau nak describe cover plastic yang dia pakai, boleh tgk kat gambar ).. dgn membawa sedulang ubat yang di seal rapi (ada 6 tiub syringe saiz diameter 4cm lebih kurang kut) dibacakan nama aku dan no ic utk pengesahan, dan bermula lah regimen chemo masuk ke dalam salur darah aku diselang seli dgn saline (air)...



FEC ... Fluorouracil (no color) , Epirubicin (color merah) , Cyclophosphamide (no color) .. adalah regimen yang digunakan dalam sesi chemoteraphy aku.  Jam 3.30ptg.. settled suma proses... n lepas ambik surat MC n ubat jam 4.00ptg.. aku dah boleh balik... effect? Belom ade rasa apa2 lagi kecuali bila aku buang air kecil.. urine kaler merah.....
Jam 5.00ptg.... masih belom ade effect... sempat aku minum petang makan cakoi..
Jam 6.30 ptg ... bermulalah effect chemo aku yang pertama iaitu.. muntah dgn banyaknya.... segala isi perut aku dr tghari suma kluar... dan aku mengalami muntah yang agak extreme .. (lebih teruk dari masa pregnant dulu)... setiap setgh jam aku akan ke toilet utk muntah.. sampai dah tak de isi nak kluar... terasa kepekatan ubat yang seolah2 dipaksa kluar dari tekak ku.. bangku plastic dan sebotol air stand by kat dlm toilet... setiap kali aku lepas muntah... aku kumur dan paksa minum air dgn kuantiti yang banyak supaya.. next bila aku muntah lagi.. sekurang2nya air dapat mencairkan isi perutku.. kurang sket rasa sakit perut... dan aku berulang ke toilet setiap setgh jam sampai jam 2 pagi.... then.. kesan itu berulang setiap sejam sehingga jam 8.00pg keesokkan harinya.... Tidur? Ada masa2nya aku terlelap kat toilet cabinet... ada kalanya.. di tepi toilet bowl.... hmmm....
Keesokkan hrnya.. sehingga hari ke 4 baru kesan muntah berkurangan... sepanjang 4 hari nih.. aku hanya boleh makan buah mangga manis , buah kurma .. dan air kosong ...makan roti kosong sekeping sehari .. selera makan hilang terus.. disebabkan pahitnya ubat chemo itu seolah2 kekal di lidah.. kelenjar liur rasa amat perit.. rasa mcm kunyah besi...
Masuk hari ke-5 .. bonda masak nasi lembik berlauk kan kari ayam.. membangkitkan seleraku... (hmmm.. kalau dah dasar keturunan mamak.. nak kena kari gakkk baru ok)..
Alhamdulilah... selera ku bertambah baik bila dapat makan nasi.. dan aku bertambah sihat... Hari ke 7... aku dah bermaya utk kluar umah.. siap pegi berbuka puasa kat rumah kawan.... Hari ke 9.. aku dah boleh berpuasa semula.... syukur Ya Allah... bagi peluang aku balik beraya di kampung dengan sihat seperti biasa...
Hari ke 15 bersamaan 3 Syawal .... Hari Raya ke-3 .... bermulalah episode gugurnya helaian2 rambutku... Agak malang sikit aku rasa sbb kesan rambut gugur aku alami dari 1st cycle... huhuhuhu... alih2 jer rambut gugur dgn kuantiti yang byk.. tensen dgn rambut asyik gugur kat rumah (aku still kat kampung masa tu) jenuh nak menyapu...so.. aku minta hubby potong rambut aku ... hmmm... balik kl jer... kasi botak terus.. fuhhh! dah mcm G.I. Jane plakk... kehkehkeh...
Itu saja kesan dan pengalaman Chemoteraphy cycle pertama ku... Alhamdulilah....