Dunia Trekkers

Will be update soon....

assalamualaikum....

Allahu hu akbar... lebih setahun dah tak update blog nih... tak sangka ramai yg membaca blog yg tak seberapa nih... ada yg menghubungi thru email sbb nak tahu perkembangan... aduhai... terharu plak ... tp punyalah tak de masa... erkk.. pemalas nak update blog.... asyik mengarang separuh jalan.. then bersarang kat draf... huhuhuh

InsyaAllah.. will be update soon....


Kembali Bertugas..... Alhamdulillah....

4 Februari 2015



Kembali bertugas setelah hampir 6 bulan 3 minggu bercuti… Alhamdulilah.... sebagai penjawat awam, ada ke’istimewaan’an diberikan kepada pesakit kronik menerusi Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 1985 Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 Tahun 1991 … melayakkan pesakit di beri cuti selama 2 tahun.. Terima Kasih Kerajaan Malaysia!! 






Namun demikian aku tak de lah amek 2 tahun terus… Simpan untuk akan datang manalah tahu.. perancangan Allah SWT yang kita tak boleh sangkal… sentiasa berdoa padanya.. tawakal dan redha...

Semangat nak kerja balik tu adalah ke laut sket.. kena slow2 selongkar keje apa yang tergendala, keje apa yang menunggu.. hikhik.. ada sket semangat sebab dapat PC baru!! Yeayyyy… Sejak aku masuk keja tahun 2007, sampai hari ni baru dapat tukaq PC.. hehehe.. syukur lah.. ada org 20 tahun keje pun duk berkongsi PC, ada yang tak penah tukaq2 sampai pencen….

Anyway.. syukur pada Allah SWT diberi kesihatan yang baik… terima kasih atas doa ….
Ok.. nak sambung keja…..


Assalamualaikum…. :-)

Perginya seorang Pejuang...

Dia orang pertama di pejabat aku yang tahu bila aku disuspek menghidap Breast Cancer. Lepas aku menjalani ultrasound yang pertama dimana aku dipercayai mempunyai ketulan yang disyaki sel malignant, dia orang pertama yang aku rujuk. Marahnya dia melihat keadaan aku ketika itu yang baru lepas menangis, “Hasihh, awak jangan duk nangis2 la.. awak boleh punya”-katanya...
Masih teringat lagi aku ketika dapat berita mengenai nya yang baru menjalani pembedahan Mastectomy, aku sedang berkursus di Kedah pada tahun 2009. Ketika itu, dia sudahpun berada di stage 4.. Namun betapa kuat semangatnya dia, hinggakan aku lupa masa bila dia sakit.. kerana dia sentiasa kelihatan sihat.. sentiasa kelihatan ceria.. sentiasa positif terhadap penyakitnya.. 
Dan tidak disangka-sangka, ketika hari aku mendaftarkan diri di ward HPJ utk pembedahan Lumpectomy, aku di maklumkan bahawa dia turut sama berada dalam ward yang sama, dan sedang menjalani sekali lagi pembedahan Mastectomy... Allah hu akbar.. Sel kanser nya berulang setelah lebih 5 tahun.. bila dah sama2 berada di ward.. berjuang penyakit yang sama.. banyak perkara yg kami kongsikan sepanjang beberapa hari berikutnya...
Hampir 7 bulan berlalu selepas pembedahan, beliau tak sempat menjalani rawatan susulan selepas itu. Aku juga jarang berjumpa dengannya kerana aku juga sedang berjuang menerima rawatan.. kdg2 km berhubung melalui WA dan Fb.. Januari 2015, aku menerima msg yang dia sedang tenat di IKN.. sel kanser nya telah merebak ke paru-paru dan kemungkinan ke perut dan hati... Allah hu akbar... sempat aku menziarahi nya sejurus selepas aku mendapat berita itu... Dia yang dalam keadaan separa sedar dan bernafas dengan bantuan mesin.. “Eh!.. tolong aku ubahkan meja nih”- katanya yang minta aku bantu dia bangun dari meja makan di katil ward yang menjadi tempat dia melabuhkan mukanya.. ketika itu dia tak boleh tidur dalam keadaan berbaring di katil.. dia hanya boleh tidur dengan keadaan duduk dan mukanya di alas dengan bantal di meja makan.. Allah hu Akhbar..
“Bila awak start keje?” –tanyanya lagi... “InsyaAllah bulan 2 nih kak”-jawab aku... Dia masih kenal aku.. dan aku tak nak berbual lama dgnnya melihat keadaannya yang sukar bercakap dan bernafas dengan bantuan mesin.  Sebak ku lihat keadaan ayah dan ma nya bila menceritakan kepadaku keadaan anaknya yang kurang baik dan saranan Doktor juga mohon bersedia atas kemungkinan yang bakal akan terjadi..
2 hari selepas aku menziarah nya di hospital, aku terbaca status adiknya di Fb, dan aku juga menerima msg yang sama dengan status adiknya.. Tuhan lebih sayangkan nya... berjuang sekian lama.. semangat nya hingga ke pengakhiran masa.. dalam usia 44 tahun.. Dia telah kembali kepada Pencipta-Nya... Al-Fatihah...



Cuti untuk anak-anak..

Aku tanya anak sulongku... “kalau cikgu tanya, atau kena buat karangan, apa aktiviti cuti sekolah, nak jawap apa? Cuti sekolah kita tak gi mana2 nih..”
“ala, cakap jer lah.. kita tak kemana2 sbb mama saya sakit, kena gi hospital hari2, aktiviti kita duduk rumah jer” – jawap anak ku
Ok.. rasa touching sekejap.. Sepanjang cuti sekolah bulan 12, tak de peluang bercuti kemana2.. Dr di Klinik Radioterapi tak benarkan aku skip treatment satu hari pun.. hari2 kena datang.. paling jauh pun aku bawa anak2 gi IOI City Mall yang baru buka tu.. yang 20 minit jer dari rumah.. hakhak.. jauhlah sangat yerr..
Alhamdullilah.. pak menteri yang baik hati.. cuti sekolah ditambah seminggu lagi kerana bagi meringankan beban mangsa banjir di Pantai Timur.. kebetulan minggu tu aku dah tamat rawatan RT.. dan aku juga bertambah sihat dan cepat recover dari rawatan...
Percutian 4H3M di Batu Feringghi, Penang.. aku dan hubby penuhkan masa hanya untuk anak2 dan Bonda.. Bunyi macam biasa jer Penang jer pun... hehehe... selama nih gi penang tak penah naik Penang Hill kat Bukit Bendera, Escape Theme Park kat Teluk Bahang.. Alhamdulilah...



Pengalaman Radioterapi

Rawatan Radioterapi adalah satu kaedah rawatan kanser yang penting. Rawatan ini menggunakan sinaran-X yang berkuasa tinggi atau bahan radioaktif untuk membunuh sel-sel kanser.
Minggu terakhir chemoteraphy ke 5 aku dikehendaki menjalani RT Simulation di Jabatan Radioterapi, IKN. Tujuannya adalah untuk menentukan dan melakar kawasan dibadan pesakit yang akan menerima rawatan RT. Kawasan tersebut akan di mark dgn menggunakan sejenis ink kekal dan memudahkan proses rawatan yang akan dilakukan setiap hari. Erkk Ink kekal? Kira mcm tattoo ker? “Betul Puan, lebih kurang mcm Ink tattoo.. tp puan jgn risau, Ink ni dah diluluskan penggunaan oleh JAKIM utk tujuan perubatan” – kata Pembantu Radiologi ketika aku agak cuak bertanya.. hehehe Tapi mark tu bukannye besar.. mcm tahi lalat jer..
Dose yang digunakan padaku untuk 15 kali yang pertama adalah 40 Gy dan tambahan 8 kali adalah 16 Gy.


2 Disember 2014 (Selasa)
Aku memulakan rawatan RT yang pertama. Hari pertama ni memerlukan aku drive ke IKN selama 40minit, register di kaunter pesakit luar selama 3minit, then ke Kaunter Radioterapi.. tunggu no dipanggil dalam 10 -20 minit.. dan rawatan RT selama 20minit.. (hanya hari pertama saja) rawatan RT pada hari berikutnya adalah selama 3-5 minit (utk 15 kali pertama) dan less than 1 minit (utk tambahan 8 kali) lepas tu settle.. dah boleh balik.... begitu lah setiap hari yang kulalui sepanjang bulan nih (hari bekerja sahaja kecuali public holiday).

1. 10 kali pertama tiada rasa apa2.. boleh dikatakan tiada kesan luaran padaku
2. selepas 10 kali barulah rasa lenguh2.. (mcm lenguh2 tengkuk), kulit kemerah-merahan... “tak de kesan terbakar sgt kat puan nih... merah mcm pipi puan yang natural blushing nih jer” – kata Dr di Jabatan Radioterapi (dimana aku perlu berjumpa dgn Dr pada hari rabu setiap minggu sepanjang rawatan RT).. cehh!
3. untuk tambahan 8 kali (dimana pancaran RT lebih focus kawasan lump yang dikeluarkan) membuatkan kulit aku kehitaman macam sedikit terbakar.. namun kesan terbakar itu cepat ilang. Dah settle rawatan, kena rajin2 cuci pakai baby oil n sapu losyen..
Cuma buat aku rasa tak selesa selama aku menjalani rawatan RT nih adalah.. terlalu ramai staf lelaki.. tipu lah kalau aku tak cakap aku tak malu... segann wehhh.. tp apakan daya.. ku cuba pujuk hati ku dgn alasan.. darurat lah.. nak bagi diaorg belajar lah.. hehh! Tp seriously.. mmg segan yg amat!
Pengalaman aku di sini juga, aku dapat memerhati dan berkenalan dengan pesakit2 yang sekapal dgnku... macam2 dugaan Allah yang boleh ku lihat disini.. keadaan pesakit kanser tekak, kanser paru2, kanser hidung.. dimana keadaan mereka agak menerima rawatan RT ini lebih menduga kecekalan hati dan semangat. Allah hu akbar.. semoga Allah kuatkan semangat mereka berjuang dengan dugaan-Mu..

6 Januari 2015 (Selasa)
Hari terakhir aku menerima rawatan RT... “berseri-seri nampak awak arini” – kata seorg kakak (kenalan pesakit disini).. dah last day kak... maunya tak berseri...
Boleh dikatakan adalah 5-6 org tegur aku nampak lain hr nih.. hakhak.. sampaikan acik cleaner yang tukarkan baju rawatan dlm bilik persalinan pun tegur aku...
“Tahniah puan, hari terakhir puan disini, puan dah complete semua rawatan chemoteraphy n radioteraphy.. syabas” – kata Pegawai Perubatan berbangsa cina..
“see u later in other time yer”-sambung Dr itu lagi...
“Alhamdulilah, Tq Dr.. but i hope i wont see u anymore, at least not here la.. hehehe”
Syukur kpd Allah SWT..




Bone Scan dan MRI

Pada 16 Jun 2014 (Isnin) yang lepas, aku menjalani Bone Scan di Jabatan Perubatan Nuklear, IKN dengan tujuan adalah untuk metastasis pada tulang. Bahasa senang nak faham adalah, nak tgk sama ada sel kanser dah merebak ke tulang atau tidak. Aku disuntik dengan sejenis bahan radioaktif dan kena kuarantin dalam bilik khas selama 3 jam.. nak kuar makan pun tak boleh.. hubby kena hantar makanan kat aku masa tu.. aku tak boleh jumpa orang lain.. hanya boleh berada dalam kawasan sesama dgn orang kena suntik gak jer.. huhuhuhu.. selepas 3 jam, baru lah di scan selama lebih kurang 45 minit.. tak boleh gerak2..
2 minggu kemudian, aku datang follow up dan result bone scan mendapati ada cyctic lesion kat proximal third of the left tibia.. (kedudukan seperti di bawah lutut, di tulang tibia). Allah hu akbar.. jika betul lesion itu adalah malignan, adakah stage aku akan berubah dari stage 2 ke stage 4?
Aku di refer ke Jabatan Orthopedik, Hospital Putrajaya, namun disebabkan HPJ tidak mempunyai pakar tulang, aku diberi pilihan samada nak refer ke HUKM, PPUM, HKL or HUSM. Aku dan hubby main pilih jer dgn HUKM pilihan kami dengan alasan, tak jauh sangat dan parking senang... hehh!
Pakar Ortopedik HUKM sarankan aku menjalani MRI terlebih dahulu... Sepanjang bulan puasa, kafe dibawah opis aku tutup utk renovation.. dorang drill abih tiles lantai tp yg gerammya, bunyi bising drill tu seolah2 berada atas kepala aku.. bingitnya Ya Allah.. mcm gego otak..Setiap hari plak tu dorang buat keje tu.. Apa kene mengene tah aku crita pasal mende nih... Ade.. ade kene mengene dgn MRI... ini adalah pengalaman pertama aku menjalani MRI.. lebih kurang macam CT Scan.. kena baring dalam bilik sejuk dalam tempoh masa hampir 2 jam.. dan yang paling tak tahan.. bunyi bising keletang keletong mcm drill tiles tepi telinga.. itu lah yang aku rasa.. hehh!

"Puan, ada sakit2 tak kat bwh lutut tu?" -tanya Pakar Tulang, HUKM

"Tak de plak.. Prof nak saya lompat bintang ke kat sini?" -aku bergurau..

"Hehe..Puan jgn risau.. i'm really sure it is not a cancer.. tak pernah lagi ada kes.. sel kanser tu merebak dr breast ke tibia tanpa menyinggah kat lymph nodes, kat back bone, kat servick... InsyaAllah.. nothing to worried about. Kalau betul ianya cancer.. puan mungkin akan jd kes pertama dlm malaysia.. "-tambah Prof itu lgk.. 

Alhamdulillah, setelah 2 kali ujian MRI dilakukan (satu di IKN, dan satu lagi di HUKM) they found no cancer as they suspicious.. tetapi ianya adalah haemagioma (selaput darah).
Syukur pada Allah...






6th Cycle (LAST) Chemotherapy...

5 November 2014 (Rabu)
Hari paling gumbira... nak gambar macammana gumbira nya hati pun tak tau ckp... sampai nurse pun perasan.. “ceria nmpak puan”.. hikhik.. sapa tak ceria.. hari last nak kena cucuk obat.. Syukur pada Allah SWT beri aku kekuatan utk hadapi dugaan sepanjang rawatan..


Walaupun hari terakhir.. namun aku masih x boleh lari dari kena psiko chemo nih... kat parking kete aku dah start loya... sampai jer klinik aku dah cari toilet.. heh!!
Syukur Alhamdulillah aku cepat recover kali nih.. mungkin ditambah dengan semangat sbb dah last cycle.. hari ke 4 aku dah recover... dah boleh makan walaupun selera masih kureng.. tp syukur.. aku masih boleh bertahan...
Apa yang boleh aku rumuskan dengan rawatan chemotheraphy ini adalah...
 Kesan Sampingan –
·         Muntah yang agak extreme.. bermula dari 1st cycle hingga terakhir.. tp hanya berlaku pada minggu pertama shj..
·         Keguguran rambut dan segala jenis ‘bulu’ (errrr korang paham2 sendiri lah yer) yang aku alami adalah seawal 1st cycle lagik..
·         Sakit kepala, sakit sendi, lenguh2 badan
·         Byk  tido... cepat penat, badan dan kepala rasa panas..
·         Lost Weight....  secara rumusannya.. sepanjang rawatan ini, aku lost 10kg.. namun naik 4kg lepas aku dah ada selera makan... cisss
·         Salur darah mengeras.. hinggakan aku tak boleh nak luruskan tangan.. rasa lenguh2..
·         Kuku jadi kehitaman.. nurse advise aku pakai inai.. kalau tak nmpak mcm org sakit jantung.. ermm
·         Ulcer lidah.. gusi berdarah..
Aku diberi cuti rehat dari rawatan selama sebulan sebelum memulakan rawatan Radioterapi...  InsyaAllah.. macamana plak pengalaman rawatan RT ni plak nanti... Moga Allah SWT permudahkan segalanya..